BAHAN-BAHAN:

1 keping ikan dori atau ikan merah

5 biji  strawberi – dadu

100gm keju feta – dadu

10 biji buah zaitun

Garam dan lada

Daun ketumbar untuk hiasan

Sedikit minyak zaitun

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
  2. Lumurkan ikan dengan minyak zaitun, garam dan lada.
  3. Kemudian campurkan strawberi, keju feta, buah zaitun dan lumurkan diatas kepingan ikan dan bakar sehingga ikan masak selama 25 minit.
  4. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.