BAHAN-BAHAN:
1 peket kulit popia
Sedikit air untuk melekatkan kulit popia
2 biji kentang – potong dadu
100gm isi ikan goreng – racik
½ labu bawang besar – dadu
1 sudu besar serbuk kari
Sedikit daun ketumbar
Garam dan lada secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau dan masukkan pes kari, dan sedikit air.
- Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ikan dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan daun sup. Matikan api dan sejukkan.
- Untuk membuat kelongsong samosa, kulit popia potong kepada dua bahagian dan sambungkan atau gunakan air sebagai bahan pelekat kepada dua bahagian tadi secara memanjang. Masukkan inti dan lipat seperti biasa.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 170⁰C.
