BAHAN-BAHAN:
4 cawan makaroni
1 tin tuna dalam air – toskan
100 gram brokoli – dipotong kecil
100 gram keju cheddar – diparut
1 biji telur
100ml susu sejat
Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Rebus makaroni dan toskan.
- Gaulkan makaroni bersama tuna, brokoli dan sedikit garam.
- Kemudian masukkan separuh bahan tadi ke dalam bekas dan tabur separuh keju yang diparut.
- Selepas itu masukkan baki bahan di atas lapisan pertama tadi. Tabur baki keju dibahagian atas.
- Akhir sekali, pukul telur bersama susu sejat, garam dan lada hitam secukup rasa. Tuang sama rata ke seluruh bekas.
- Bakar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit.
