Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Info, Tip & Petua
  • MAKAN DAUN KARI UNTUK KESIHATAN

MAKAN DAUN KARI UNTUK KESIHATAN

Article

Daun kari  amat sinonim dan sering digunakan dalam masakan masyarakat India terutamanya kari. Biasanya ia digunakan bersama rempah ratus lain untuk menambah keharuman dan rasa dalam masakan.

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii yang tergolong dalam keluarga Rutaceae dan berasal dari India dan Sri Lanka.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Kebanyakan orang hanya menganggap daun kari sekadar penambah rasa dalam hidangan dan akan membuangnya dan tidak makan daun kari yang ada dalam makanan. Mungkin ramai yang berbuat demikian kerana mereka tidak sedar memakan daun kari adalah baik untuk kesihatan.

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

Bukan sekadar penambah rasa dalam masakan, daun kari mengandungi pelbagai nutrien seperti karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, tembaga dan mineral. Ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A, vitamin B, vitamin E, asid nikotinik, antioksidan, sterol tumbuhan, asid amino, dan glikosida flavonoid.

Pengambilan daun kari adalah baik untuk sistem penghadaman kerana ia merangsang enzim pencernaan dan membantu memecahkan makanan dengan lebih mudah. Penyelidikan juga telah menunjukkan daun kari membantu melindungi hati daripada penyakit, mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, melawan kanser, mengawal diabetes, merawat cirit-birit, baik untuk mata dan macam-macam lagi.

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

Selain itu, daun kari juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut, menguatkan akar rambut dan juga mengurangkan rambut gugur. Daun kari kaya dengan protein dan beta-karoten yang mengurangkan keguguran dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Rambut gugur boleh berlaku kerana kekurangan protein.

Oleh itu, pengambilan daun kari dengan kerap adalah perlu untuk pertumbuhan rambut. Ia juga kaya dengan antioksidan yang memberikan kelembapan kepada kulit kepala dan juga membantu untuk membuang folikel kulit kepala mati dan menghalang kelemumur.

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

MASKER DAUN KARI

Jika anda ingin meningkatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut anda berkilat dan lebih segar, anda boleh mengamalkan penggunaan masker rambut yang diperbuat daripada daun kari.

Read moreKek Cawan Kiwi Epal

Untuk menghasilkan masker ini, anda perlu mengisar daun kari dan jadikan ia sebagai pes. Selepas itu, pes yang dihasilkan perlu dicampur dengan yogurt. Sapu dan urut campuran itu pada kulit kepala dan biarkan selama selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dengan menggunakan syampu. Disarankan untuk menggunakan masker ini setiap minggu untuk kesan yang terbaik.

TEH DAUN KARI

Read moreKek Lapis Oren Yogurt

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan meminum teh daun kari. Mungkin ia kedengaran pelik, tetapi ia dapat meningkatkan pertumbuhan rambut, membuat rambut anda berkilat dan mengelakkan uban. Rebus beberapa daun kari di dalam air dan tambah madu atau gula dan sedikit perahan limau. Minum teh ini setiap hari selama seminggu untuk melihat hasilnya.

You may also like

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU

Archives

  • January 2026
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Jan    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resepi
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress