BAHAN-BAHAN

1 ekor ikan tongkol/sikap/merah/tenggiri

2 batang serai – ketuk

3 cm lengkuas – hiris nipis

Gula dan garam

2 biji limau nipis – perah

1 cawan daun selasih/kemangi

1 liter air

Minyak

3 helai daun salam

 

BAHAN KISAR

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 tangkai cili merah

4 cm halia

4 cm kunyit

5 biji buah keras

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan serai, halia, dan lengkuas, tumis lagi.
  • Tuangkan air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan daun salam, garam dan gula.
  • Masukkan ikan dan perahan air limau.
  • Akhir sekali matikan api dan masukkan daun selasih.
  • Penggunaan batang sirih biasanya dimasukkan selepas air dituangkan dalam periuk. Batang sirih yang diperlukan hanyalah sepanjang 5 cm dan diketuk. Buah keras fungsinya sebagai melemakkan kuah kuning.