BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (seberat 600 gm)
Seikat kailan
Sedikit minyak bijan
Bahan sos:
100 gm kicap cair
50 gm gula batu
CARA MENYEDIAKAN:
- Masak air sehingga betul-betul panas, masukkan ayam dan tutup api. Biar selama 45 minit.
- Keluarkan ayam dan rendamkannya dalam air berais selama satu jam.
- Setelah itu, keluarkan ayam dan potong kecil. Sapukan sedikit minyak bijan pada ayam.
- Tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan bersama kailan yang telah dicelur serta disapu dengan sedikit minyak.
- Untuk sos pula, masak gula batu bersama kicap cair sehingga hancur dan sebati.
