BAHAN-BAHAN:

2 ikat pucuk manis

10 ekor udang

1 kg santan

1 labu bawang besar – hiris

2 ulas bawang putih – hiris

2 tangkai cili merah – hiris memanjang

3 tangkai cili padi merah

1 biji keledek

1 helai daun kunyit

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Campurkan bawang merah, bawang putih, keledek dengan sedikit air. Masak hingga keledek empuk.
  2. Kemudian masukkan santan, apabila mendidih masukkan udang, cili merah dan cili padi. Akhir sekali masukkan pucuk manis dan daun kunyit garam secukup rasa.