Bahan hiris

  • 3 – 4 biji kentang
  • 1 labu bawang holland
  • 3 – 4 batang sosej daging/ayam

 

BAHAN B

  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk
  • Minyak

 

Cara Menyediakan

1.Kentang digoreng garing dan ditoskan.

2.Di dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga naik baunya.

3.Masukkan sosej dan kentang, tumis sehingga sosej masak.

4.Perasakan dengan garam dan lada hitam.