BAHAN-BAHAN

500 gm ayam – potong kecil

 

BAHAN A (KISAR )

4 ulas bawang putih

3 cm halia

3 sudu besar lada hitam

 

BAHAN B

10 ketul cendawan shitake kering – rendam

3 sudu besar kicap manis

3 sudu besar sos tiram

2 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

250 ml air

3 batang daun bawang – potong kecil

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

 

CARA MENYEDIAKAN

1. Perap bahan kisar bersama ayam selama sejam.

2. Panaskan minyak, masukkan ayam.

3. Setelah agak masak masukkan cendawan, kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram. Masukkan air, biarkan ia mendidih dan kering.

4. Masukkan air tepun gjagung untuk memekatkan kuah masakan. Kemudian rasakan garamnya.

5. Setelah cukup rasa, masukkan daun bawang dan terus tutup api.