BAHAN-BAHAN
Satu ekor ayam kampung
Garam secukup rasa
1 sudu besar rempah kari daging
½ sudu besar serbuk kunyit
Minyak
BAHAN KISAR
5 sudu kecil ketumbar biji
½ sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai
4 cm lengkuas
4 cm halia
CARAMENYEDIAKAN
1.Potong ayam, basuh dan toskan.
2.Tumis ke semua bahan kisar hingga kekuningan.
3.Setelah naik bau, masukkan rempah, serbuk kunyit. Kemudian masukkan ayam dan tutup sehingga empuk
4.Tambahkan air jika kuahnya sudah kering. Rasa garamnya dan bila ayam empuk bolehlah tutupkan api.