BAHAN-BAHAN
1 biji jantung pisang
5 biji cekur
1 biji santan pekat
8 tangkai cili api
4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis – tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN
1.Buang kulit jantung pisang dan ambil bahagian isinya yang putih. Belah dua dan rebus hingga lembut. Potong kecil jantung pisang yang telah direbus.
2.Tumbukbawang merah, cili api dan cekur hingga lumat. Tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
3.Masukkan santan pekat dan jantung pisang yang telah dipotong kecil. Rasa garamnya dan bila dah masak sedia untuk dihidangkan.