BAHAN :
3 biji mangga muda – buang kulit dan sagat
2 ekor ikan kembong – kukus dan ambil isi
3 biji tomato ceri – belah 2
2 labu bawang besar – hiris
2 tangkai cili merah – mayang
6 tangkai cili padi – mayang
3 biji limau kasturi – perah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar kacang pine/kacang tanah – sangai
3 ulass bawang merah – hiris
2 cm belacan – lumatkan
Sedikit garam gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
Isi ikan ditumbuk kasar. Ketepikan.
Satukan bahan hiris, belacan, gula, garam, kerisik, air limau dan mangga sagat.
Campurkan dengan tomato dan isi ikan, gaul rata.
Taburkan kacang pine atau kacang tanah.
