BAHAN-BAHAN
2 ekor senangin – potong 3
7 cm lengkuas – hiris
5 hirisan mangga muda
2 batang serai – titik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 cawan santan cair
1 cawan pati santan
Garam dan gula
6 tangkai cili padi
CARA MENYEDIAKAN
- Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun kunyit, daun limau purut, cili padi, hirisan mangga, santan cair dan sedikit garam dan gula.
- Kacau sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan pekat. Kacau lagi sehingga mendidih.
- Kukus ikan hingga masak, dan tuangkan kuah. Anda boleh juga masukkan satu sudu kecil serbuk lada hitam untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas.