BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
Garam , gula dan stok ayam secukup rasa
Minyak secukup
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
3 batang serai
5 cm lengkuas
4 cm halia
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
CARA MENYEDIAKAN:
- Rebuskan air dalam periuk dengan masukkan madu, biar ia mendidih. Kemudian masukkan ayam selama 8 minit hingga 10 minit.Angkat ayam dan toskan airnya.
- Ayam yang telah ditos dan perapkan bersama bahan kisar dan diperasakan dengan garam, gula dan stok ayam sebentar lebih kurang 5 minit sahaja.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga warna keemasan dan bahan perapan garing dengan api yang sederhana.
