DAGING BELULANG ACHEH SAMBAL TAHUN

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1kg daging lembu batang pinang ( dibakar dengan kayu arang sehingga kering kemudian dipotong hiris )

1 cawan cili kering kisar

1 cawan bawang merah kisar

5 cm halia – kisar

2 biji tomato – kisar

1 labu bawang besar – hiris kasar

2 helai daun salam

2 batang serai – ketuk

½ cawan air asam jawa

½ cawan kerisik

1 batang kulit kayu manis

1 sudu kecil bunga lawang

Tauhu goreng dan tempe goreng

Gula, garam secukup rasa

Air

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumis kayu manis dan bunga lawang, diikuti pula bawang kisar, kacau sehingga wangi, masukkan pula cili kisar, halia dan buah tomato kisar. Biar ia mendidih.
  2. Masukkan hirisan daging dan sedikit air, kacau mesra. Masukkan daun salam dan bawangbesar. Biar mendidih baru masukkan air asam jawa, kacau sebentar. Apabila telah pekat masukkan pula kerisik, gula dan garam. Kacau sehingga garing.
  3. Hidang bersama tempe goreng dan tahu goreng.

TIP CEF- Sekiranya anda suka lauk daging belulang ini berkuah, boleh lebihkan sedikit air ketika memasak.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan