BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 labu bawang besar – potong dadu besar
1 batang timun – buang biji dan potong dadu
Nanas kiub secukupnya
Jagung biji
½ cawan cili kisar
½ cawan bawang merah kisar
2 ulas besar bawang putih kisar
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak
Lemak sayuran
CARA MENYEDIAKAN:
- Goreng ikan siakap yang telah dilumur bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng menggunakan minyak masak yang telah dicampur dengan lelemak sayuran. Setelah garing angkat ikan dan toskan.
- Tumis bawang,bawang putih, cili kisar dan bawang kisar sehingga terbit minyak. Masukkan timun, nanas dan jagung,kacau mesra.Kemudian masukkan jagung, sos tomato dan sos cili, perasakan dengan garam dan gula.Siap dihidangkan.
TIPS CEF- Lelemak sayuran digunakan dalam menggoreng ikan tujuan untuk menghasilkan ikan yang rangupdan garing.