BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
½ sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan gula
1 cawan air
Garam secukup rasa
½ tin jagung
1 biji telur
½ cawan kacang tanah – goreng tanpa minyak dan tumbuk
½ cawan mentega} untuk di sapu
½ cawan gula} untuk ditabur
Sedikit minyak untuk sapu pada acuan
CARA:
- Campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik, serbuk soda bikarbonat dan garam. Gaul sebati.
- Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit.
- Kacau hingga rata dan biarkan ia rehat selama 2 jam.
- Panaskan kuali dan sapukan minyak.
- Sendukkan adunan, bentukkan bulat.
- Sapukan mentega dan tabur gula.
- Kemudian letakkan jagung dan taburkan kacang tumbuk.
