BAHAN:

1 genggam ikan bilis

5 biji pisang muda – buang kulit dan belah dua

10 tangkai cili padi

3 cm kunyit hidup

1 keping asam gelugur

200 ml santan

Garam secukup rasa

  • Kulit pisang jangan dibuang kerana ia boleh dimasak dalam gulai ini.

 

CARA:

  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Ketepikan.
  2. Masukkan santan, ikan bilis dan bahan tumbuk dalam periuk. Gaul sebati dan biarkan mendidih.
  3. Selepas itu, masukkan pisang, asam gelugur, kulit pisang dan garam secukup rasa.
  4. Gaul sebati dan masak sehingga pisang lembut.