BAHAN A
250 gm tepung pulut
50 gm tepung gandum
500 ml santan
Sedikit air kapur
BAHAN INTI
½ kg ikan selayang
200 ml santan
5 ulas bawang merah
1 cm halia
3 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 biji kelapaparut
CARA
- Bancuh adunan A sehingga menjadi doh. Biarkan selama 3 jam. Ketepikan.
- INTI : Ikan dibersihkan dan direbus, ambil isinya. Kemudian dikisar sehingga hancur.
- Masukkan isi ikan di dalam periuk, tuangkan santan, halia dan bawang, garam, gula, kelapa parut dan halba. Masak sehingga kering. Angkat dan biarkan sejuk.
- Ambil doh, uli sebesar biji guli. Tekan ditengah-tengahnya, masukkan inti. Bentukan menjadi bulat kembali. Biarkan semalaman, barulah boleh digoreng.
