Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Info, Tip & Petua
  • 10 MAKANAN UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

10 MAKANAN UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

Article

Oleh: Nurfarahim Abd Latif (Pelatih Universiti Putra Malaysia)
Untuk mengelakkan serangan jantung, anda boleh makan makanan yang kaya dengan nutrien, serat dan lemak yang sihat seperti di bawah:

1. Biji Flax
Biji flax atau dan biji chia mempunyai ultra yang tinggi dalam Omega-3 asid lemak. Itulah salah satu sebab biji flax baik untuk kesihatan jantung anda. Selain itu, ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Anda boleh mencampurkan biji flax ini bersama beri biru kering, kranberi, oatmeal atau dicampur dengan susu soya dan buah-buahan untuk membuat smoothie.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

2. Kentang
Tidak ada alasan untuk menolak kentang kerana ia baik untuk jantung anda. Ia kaya dengan kalium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah. Kentang kaya dengan serat dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Buah-buahan sitrus
Satu kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil sejumlah flavonoid yang tinggi dalam buah oren dan limau gedang mempunyai risiko 19 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit strok iskemia (yang disebabkan oleh segumpal darah) daripada wanita yang tidak mendapatkan sebanyak sebatian ini. Buah-buahan sitrus juga sama tinggi dengan vitamin C dan dapat menghindarkan daripada penyakit jantung.

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

4. Coklat gelap
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa coklat gelap boleh memberi manfaat kepada jantung anda, termasuk kajian pada tahun 2012 yang mendapati bahawa pengambilan coklat setiap hari boleh mengurangkan serangan jantung dan strok nonfatal. Penemuan ini hanya menggunakan coklat gelap yang terdiri sekurang-kurangnya 60-70 peratus koko. Coklat gelap mengandungi flavonoid yang dipanggil polifenol dan boleh membantu masalah tekanan darah, pembekuan, dan keradangan.

5. Oat
Oat kaya dengan serat larut yang boleh menurunkan kolesterol. Ia bertindak sebagai span dalam saluran pencernaan dan menyerap kolesterol supaya ia dihapuskan dari badan supaya tidak diserap ke dalam aliran darah. Biji-bijian lain seperti roti, pasta dan bubur jagung juga baik untuk jantung selama ia masih dalam kumpulan bijirin.

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

6. Tomato
Penggunaan tomato di Amerika Syarikat telah meningkat dan itulah satu perkara yang baik. Seperti kentang, tomato mempunyai kalium yang tinggi untuk jantung yang sihat. Tambahan pula, ia merupakan sumber yang baik mengandungi lycopene antioksidan. Lycopene adalah karotenoid boleh membantu menyingkirkan kolesterol “buruk”, menjaga saluran darah terbuka, dan lebih rendah risiko serangan jantung. Ia rendah kalori dan rendah gula, dan sesuai untuk digunakandalam pelbagai cara.

7. Kekacang
Kekacang adalah sumber yang sangat baik kerana mempunyai protein tanpa banyak lemak yang tidak sihat. Satu kajian mendapati bahawa orang yang makan kekacang sekurang-kurangnya empat kali seminggu mempunyai risiko 22 peratus lebih rendah mendapat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang memakannya kurang daripada sekali seminggu. Kekacang juga boleh membantu mengawal gula dalam darah bagi pesakit jantung dan diabetis.

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

8. Kopi
Kopi boleh menggalakkan kesihatan yang baik pada jantung. Satu kajian mendapati risiko 10 hingga 15 peratus lebih rendah mati akibat penyakit jantung atau sebab-sebab lain dalam kalangan lelaki dan wanita yang minum enam atau lebih cawan kopi sehari.

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress