Skip to Content

Sunday, April 30th, 2017
10 MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN C SEMULAJADI

10 MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN C SEMULAJADI

Saji Online

Oleh: Nurfarahim Abd Latif ( Pelatih Universiti Putra Malaysia)
Terdapat 10 makanan yang mengandungi vitamin c semulajadi yang boleh dimasukkan ke dalam jadual harian pemakanan anda.

1. Camu Camu
Camu Camu beri merupakan salah satu sumber yang paling banyak mempunyai vitamin C di dunia. Satu sudu teh serbuk Camu Camu mempunyai 1.180 peratus untuk pengambilan harian yang disyorkan!

2. Ceri Acerola
Ceri Acerola kaya dengan vitamin C! Satu sudu serbuk mengandungi 315mg iaitu bersamaan 525 peratus untuk pengambilan harian anda.

3. Lada Merah
Secawan cincang lada loceng merah mengandungi hampir tiga kali lebih banyak vitamin C daripada oren iaitu bersamaan 190mg.

4. Jambu
Hanya satu setengah cawan buah-buahan tropika ini mengandungi 188mg.

5. Kiwi
Kiwi kaya dengan vitamin C. Hanya satu cawan hirisan mempunyai 167mg atau bersamaan dengan 278 peratus daripada keperluan harian anda.

6. Beri Goji
Beri goji kaya dengan antioksidan dan mengandungi sumber vitamin C yang baik. Hanya perlu sediakan satu cawan serbuk beri goji bersamaan dengan 144mg.

7. Oren
Oren sering menjadi perkara pertama kebanyakan orang fikirkan untuk mendapatkan vitamin C secara semula jadi. Buah-buahan sitrus ini pada umumnya mempunyai sumber vitamin C, tetapi hanya satu cawan oren akan memberikan anda 96mg iaitu bersamaan 160 peratus daripada pengambilan harian anda.

8. Betik
Buah tropika ini menghidratkan rasa hebat seperti jus limau segar. Hanya satu cawan hidangan bersamaan 88mg untuk sajian harian anda.

9. Strawberi
Strawberi mempunyai vitamin C dengan sedikit punch yang lazat. Satu cawan hidangan bersamaan 84.7mg.

10. Brokoli
Salah satu sumber sayur-sayuran yang paling tinggi vitamin C di dunia adalah brokoli! Hanya satu cawan florets mempunyai 81mg vitamin C.

Previous
Next