BAHAN
2 keping roti sandwich
30 gm kepingan daging salai – cincang
1 keping keju cheddar
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu kecil mentega
Sedikit lada sulah, oregano , thymes , sage
Sedikit serbuk bawang putih
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
CARA
- Panaskan mentega, tumiskan kepingan daging salai bersama lada sulah, oregano, thymes, sage, serbuk bawang putih dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Lubangkan bahagian tengah roti ( sekeping sahaja). Ketepikan.
- Ambil sekeping roti putih, letakkan keju cheddar di atasnya. Kemudian tutupkan dengan roti yang telah dilubangkan bahagian tengah seperti sandwich.
- Masukkan kepingan daging yang telah di tumis dan pecahkan telur sebiji di tengah-tengahnya.
- Taburkan lagi herba di atas telur dan sapukan sedikit mentega di permukaan roti.
- Bakar pada suhu 175⁰C selama 10 minit sehingga berubah warna keperang-perangan .
