BAHAN

1 kg daging kambing biri-biri

5 biji bawang besar – cincang

5 biji tomato merah – cincang

1 sudu besar halia kisar

1 sudu besar bawang putih kisar

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar  serbuk ketumbar

Garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan minyak

 

CARA

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan tomato, halia kisar, bawang putih kisar, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kacau sebati.
  3. Masukkan air dan masak sehingga bawang dan tomato hancur.
  4. Masukkan daging kambing biri-biri dan gaul rata.
  5. Gunakan api sederhana dan masak sehingga daging empuk serta kuah menjadi pekat.