Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Berita Saji ,
  • Info, Tip & Petua
  • SIRAP..BERMACAM SIRAP !

SIRAP..BERMACAM SIRAP !

Article

Bila sebut sahaja pasal sirap, tentu pembaca semua terbayangkan warna merah dan bau bunga ros. Memang semua orang gemarkan air sirap yang berwarna merah itu, juga sirap bandung yang sememangnya begitu popular di sini, tetapi tiada pun di Bandung, Indonesia.  Pelik juga kan…

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Sirap yang saya nak ceritakan ini bukanlah sirap yang kita selalu minum itu, tetapi jenis-jenis sirap yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kek, biskut dan pastri.  Sirap mengandungi satu atau lebih jenis gula yang larut dalam air.  Sirap yang paling asas adalah sirap ringkas yang selalu digunakan untuk melembapkan kek semasa mengaising.  Ia dibuat dengan melarutkan satu bahagian gula dengan satu bahagian air dan ia juga boleh diperasakan dengan lemon atau lain-lain bergantung kepada kek perasa apa yang kita hendak buat.

Ada 3 jenis kumpulan utama sirap, iaitu :

  1. Sirap berasaskan gula
  2. Sirap berasaskan coklat
  3. Sirap berasaskan buah-buahan
Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

 

  1. Sirap Berasaskan Gula

Sirap Glukos

  • Merupakan gula ringkas yang paling umum dan merupakan antara bahan wajib ada dalam kedai menjual bahan bakeri.
  • Diperbuat dengan menghidrolisiskan tepung berkanji seperti tepung jagung, kentang, gandum, barli dan ubi kayu.
  • Teksturnya sangat pekat dan likat serta kurang manis berbanding gula biasa atau madu.
  • Sifatnya yang pekat dan likat itu, menjadikan produk lebih pekat dan kenyal.
  • Digunakan dalam makanan untuk melembutkan tekstur, melembapkan produk, menambahkan isi padu, menghalang pembentukan kristal dan memanjangkan jangka hayat.
Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

 

Molases

  • Molases adalah pekatan daripada air tebu, iaitu produk yang terhasil selepas kebanyakan gula diekstrak dari air tebu.
  • Mengandungi gula, asid, air dan bahan lain yang memberikan rasa serta warna gelap.
  • Semakin gelap warnanya, semakin kuat rasanya dan semakin kurang kandungan gulanya.
  • Ia melembapkan produk, menambahkan kesegaran serta memberikan rasa karamel yang berasid.
  • Disebabkan sifat dan rasanya, molases banyak digunakan dalam pembuatan kek buah dan biskut.
Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

 

Madu

  • Madu adalah gula semulajadi yang mengandung banyak gula glukos dan fruktos hasil dari pengumpulan nektar bunga oleh lebah.
  • Sama seperti sirap glukos dan molases, madu mudah menyerap lembapan, maka ia juga berfungsi melembapkan produk.
  • Rasa yang unik merupakan sebab utama madu banyak digunakan selain khasiatnya yang tidak ternilai.
  • Rasa dan warna madu berbeza mengikut musim, jenis bunga dan kawasan.
  • Madu 25 peratus lebih manis dari gula biasa, oleh itu jumlah penggunaannya dalam produk perlu diambil kira.
Read moreKek Cawan Kiwi Epal

 

  1. Sirap Berasaskan Coklat
  • Sirap coklat juga dikenali dengan nama sos coklat.
  • Dibuat dengan mencampurkan coklat cair, serbuk koko dan sirap ringkas, susu atau krim.
  • Boleh menggunakan ketiga-tiga jenis coklat gelap, coklat susu atau coklat putih bergantung kepada kehendak dan tujuan.
  • Sirap coklat boleh di perasa dengan vanila atau lain-lain dan dicampurkan mentega untuk menambahkan rasa lemaknya.
  • Selalunya sos coklat digunakan sebagai pelengkap kepada pencuci mulut atau dibuat minuman bercoklat.

 

  1. Sirap Berasaskan Buah-buahan
  • Sirap yang diperbuat daripada buah-buahan yang kisar atau perasa buah-buahan dengan gula.
  • Puri buah-buahan segar atau sejuk beku yang dicampurkan dengan gula ini, juga dikenali dengan nama ‘Coulis’
  • Buah-buahan yang selalu digunakan untuk membuat sos ini adalah strawberi, raspberi, beri biru, pic, mangga, nanas dan buah-buahan sitrus.
Read moreKek Lapis Oren Yogurt

 

FOTO : SUMBER GOOGLE

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress