BAHAN-BAHAN:

6 keping ikan tenggiri

3 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

3 cm halia – kisar

3 batang serai

3 cm lengkuas – hiris

½ cawan pati santan

1 sudu besar serbuk ketumbar

1sudu besar serbuk jintan manis

½ sudu besar serbuk cili

1 sudu besar pes asam jawa

1 sudu besar kerisik

4 sudu besar serbuk kari

½ sudu besar gula perang

Garam secukup rasa

2 biji terung bulat – hiris

4 helai daun pisang

6 batang lidi

 

BAHAN HIRIS:

Daun kesum

Ulam raja

Kangkung

Daun kunyit

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan tumis semua bahan hingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
3. Kemudian masukkan santan, kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan gula perang, pes asam jawa kerisik dan garam secukup rasa.
5. Bentangkan daun pisang, letakkan hirisan ulaman, hirisan terung dan sudukan pes rempah di atas daun pisang.
6. Letakkan ikan di atas ulam dan sapukan lagi pes rempah. Lakukan sehingga selesai.
7. Akhir sekali bungkus kemas dan sematkan dengan lidi. Kukus selama 30 minit atau sehingga ikan masak.