BAHAN-BAHAN:

1 biji kentang besar (dipotong dadu)

2 ketul peha ayam

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 keping daun bay

1 liter air

1/2 cawan krim

Garam dan lada putih secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumis bawang dengan sedikit mentega, masukkan kentang dan air. Biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan ayam. Reneh sehingga kentang dan ayam masak. Asingkan ayam, kemudian kisarkan kesemua bahan sup.
  3. Carik-carikkan isi ayam dan masukkan semula ke dalam sup dan renehkan selama 5 minit.
  4. Jika sup terlalu pekat, boleh tambahkan air, jika sup sedikit cair renehkan lagi sehingga agak pekat. Masukkan krim dan perasakan dengan garam dan lada putih. Hidangkan panas.