
Bahan mousse:
500 ml coklat masakan
125 gm gula
100 ml susu segar
50 gm gelatin
1 liter krim segar
Bahan jeli rasberi:
240 gm puri rasberi
360 gm gula
290 ml air
23 gm serbuk gelatin
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk menyediakan mousse: Krim segar dipukul separuh kembang.
- Kemudian cairkan gelatin.
- Cairkan coklat dengan kaedah double boiler kemudian masukkan gula dan susu.
- Masukkan krim yang dipukul ke dalam campuran coklat dan gaul sebati dan kemudian masukkan gelatin. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam.
- Untuk menyediakan jeli rasberi, masukkan semua bahan kecuali puri rasberi dan masak sehingga tiada butiran gelatin.
- Bahagikan kepada dua adunan, satu yang berwarna putih dan satu lagi gaulkan dengan puri rasberi.
- Masukkan ke dalam acuan secara berselang seli. Sejukkan sehingga keras. Hiaskan dengan buah campuran dan mousse.