
BAHAN-BAHAN
18 keping biskut kraker (3 lapis)
1 cawan susu cair
6 biji telur
UNTUK LAPISAN INTI
200 gm daging kisar
3 labu bawang besar – cincang halus
1 paket kecil serbuk kari daging
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji ubi kentang – potong dadu
2 sudu besar cili kisar
Sedikit daun bawang daun sup – cincang
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit gula
CARA MENYEDIAKAN
- Untuk penyediaan inti: Tumbuk bawang putih dan campurkan rempah kari dan cili kisar.
- Panaskan minyak dan tumis pes tadi sehingga garing dan naik baunya.
- Masukkan bawang besar dan kentang yang dipotong dadu serta daging cincang. Gaul sebati.
- Tambahkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging dan kentang empuk.
- Masukkan garam, gula, daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
- Untuk lapisan kraker: Oleskan dulang pembakar dengan mentega.
- Rendamkan biskut kraker dalam campuran susu selama 1 minit.
- Susun biskut kraker yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
- Lapiskan dengan lapisan inti tadi.
- Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.
- Susun lagi kraker atas lapisan daging dan telur tadi.
- Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
- Akhir sekali tuangkan baki susu dan telur sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 180⁰C.
