BAHAN

¼ ekor ayam – potong kecil

Sedikit serbuk kari

Minyak masak menggoreng

Garam

 

BAHAN KUAH

2 ulas bawang putih – kisar

1 labu bawang besar – kisar

1 sudu kecil serbuk jintan putih

3 tangkai cili kering

2 sudu kecil pes asam jawa

¼ kiub pati ayam

3 cawan air

½ sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar

1 sudu kecil Italian herbs

¼ sudu kecil serbuk kunyit

3 tangkai daun ketumbar

Sedikit bawang goreng

Garam

 

CARA

  1. Ayam digaulkan dengan serbuk kari dan garam. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
  2. Didihkan air.
  3. Kemudian didihkan air sehingga mendidih. Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk jintan putih, pes asam jawa, pati ayam dan serbuk kunyit. Biarkan ia mendidih,
  4. Kemudian masukkan lada hitam, Italian herbs, cili kering dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali bolehlah masukkan ayam. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Angkat dan hidangkan panas.