
BAHAN
2 keping tempe
Minyak masak untuk menggoreng
SOS KEJU
2 cawan labu – rebus empuk dan kisar halus
½cawan susu cair
4 keping keju
Sedikit kiub ayam
Garam
CARA
- Tempe dihiris nipis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
- UNTUK SOS KEJU : Satukan labu, susu cair, keju, kiub ayam dan garam secukup rasa.
- Kacau sehingga keju cair. Setelah sos mendidih, padamkan api.
- Sedia dihidangkan bersama tempe garing.