
BAHAN
2 biji kentang – rebus hingga empuk
2 ulas bawang putih – cincang halus dan goreng garing
1 biji telur ayam
1 biji kuning telur
50 gm isi ayam – potong dadu dan goreng seketika
3 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
½ kotak kecil susu penuh krim
1 sudu besar mentega
2 helai pucuk gajus – hiris halus
3 tangkai daun kucai – hiris halus
½ sudu kecil serbuk pati ayam
½ sudu kecil tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng
Sedikit keju cheddar – parut
Sedikit garam
CARA
- Ubi kentang yang telah direbus empuk, dilenyek hingga hancur. Kemudian masukkan hirisan daun sup,kucai dan daun gajus.
- Masukkan sedikit lada hitam, garam, kuning telur dan isi ayam. Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan doh.
- Masukkan inti parutan keju cheddar. Leper dan gaul bersama telur yang dipukul terlebih dahulu dan goreng didalam minyak sehingga keemasan.
- UNTUK MEMBUAT SOS : Cairkan mentega bersama susu, di dalam periuk.
- Tambahkan sedikit air,serbuk pati ayam dan sedikit serbuk lada hitam.Biarkan sos mendidih dan masukan bancuhan tepung jagung.
- Masak sos sehingga pekat. Akhir sekali, masukkan bawang putih goreng