BAHAN

5 batang kemumu

500 gm udang sederhana besar

1 cawan tempoyak

1 helai daun kunyit

2 batang serai – titik

1 biji kelapa – ambil santan

1 keping asam gelugur

Sedikit garam dan gula

 

BAHAN KISAR

2 tangkai cili merah

5 tangkai cili padi

2 cm kunyit hidup

 

CARA

  1. Kemumu dibersihkan dan dibuang kulit nipisnya. Kemudiannya dipotong kecil dan direndam dengan garam. Ketepikan.
  2. Masukkan santan, serai, daun kunyit, asam gelugur dan bahan kisar ke dalam periuk.
  3. Masak sehingga mendidih dan masukkan udang serta kemumu.
  4. Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Apabila kuah sudah mendidih, padamkan api dan hidangkan.