BAHAN-BAHAN

550 gm udang saiz sederhana – rebus

3 tangkai daun pudina – racik kasar

3 batang serai – hiris halus

1 tangkai daun bawang – racik

1 tangkai daun ketumbar – hiris kacar

5 ulas bawang merah – hiris

1 tangkai cili merah – hiris

150 gm kacang gajus masin – cincang kasar

½ sudu besar serbuk cili – bancuh dengan 2 sudu besar air masak

2 sudu besar sos ikan atau sotong

2 sudu besar jus limau nipis

Gula perang secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Letakkan udang yang sudah direbus di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan daun pudina, serai, daun bawang, daun ketumbar, bawang merah, cili merah dan gajus.
  3. Kemudian serbuk cili, sos ikan, jus limau nipis dan gula perang. Gaulkan ke semua bahan-bahan ini dengan sebati. Angkat dan hidangkan.