
BAHAN-BAHAN
6 keping keju
6 biji telur
250 ml susu segar
100gm mentega
100gm gula kastor
110gm tepung
1 sudu kecil esen vanila
Bahan krim
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
100 gm mentega
Puri blueberi
Keju cedar
CARA MENYEDIAKAN
- Koyak-koyakkan kepingan keju dan masukkan kedalam periuk bersama susu segar.
- Kacau sehingga keju cair dan baru masukkan mentega. Setelah sebati matikan api tidak perlu tunggu hingga mendidih.
- Asingkan putih dan kuning telur. Kemudian pukul putih telur dengan gula hingga putih/bertanduk.
- Kuning telur dan esen vanila dipukul (1-2 minit) dengan kelajuan sederhana di dalam bekas yang lain.
- Masukkan campuran keju dan susu kemudian dikacau adunan dan kemudian dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.
- Ambil satu pertiga daripada adunan putih telur dan dengan menggunakan kaedah kaupbalik ke dalam adunan kuning telur. Campurkan sedikit demi sedikit baki adunan putih telur tadi sehingga semua sebati.
- Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah digris. Bakar menggunakan kaedah waterbath pada suhu 160 C selama 50minit ke satu jam.
- Untuk bahan krim: Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang.
- Lapisan pertama disapu dengan krim dan puri blueberi dan dilapis dengan kek.
- Kemudian sapu atas kek dengan krim dan dihias dengan puri Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.