BAHAN-BAHAN:

10 biji telur itik

2 cawan santan pekat

1 cawan terung pipit

1 batang serai – titik

1 helai daun kunyit – siat-siat

Garam secukupnya

 

Bahan-bahan B (tumbuk):

10-15 tangkai cili padi hijau

3cm kunyit hidup

1 labu bawang besar

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumbuk bahan-bahan B hingga lumat.
  2. Masukkan bahan-bahan B, serai dan terung pipit ke dalam periuk dan didihkan dengan dua sudu makan air.
  3. Masukkan santan dan didihkan dengan api yang sangat kecil.
  4. Perlahan-lahan masukkan telur itik satu persatu dan biarkan ia masak (jangan dikacau, kerana telur itik akan pecah).
  5. Tambah daun kunyit dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam secukup rasa.