
BAHAN A:
2 keping kepak ayam tanpa tulang
30 gm daging ayam cincang
2 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia – kisar
1 batang serai – kisar
2 helai daun limau purut – kisar
1 biji putih telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
BAHAN B:
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – kisar
3 cm halia – kisar
1 batang serai – kisar
7 tangkai cili merah – kisar
3 biji buah keras – kisar
5 ml minyak masak
5 ml jus limau kasturi
5 ml santan
5 gm gula perang
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan kepak ayam dan ketepikan.
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut. Satukan ke semua bahan ini ke dalam mangkuk, masukkan putih telur, lada hitam dan garam. Gaulkan rata.
- Sumbatkan bahan kisar ini ke dalam kepak ayam dan simpan seketika di dalam peti sejuk.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili merah dan sedikit serbuk kunyit, tumiskan seketika lagi.
- Masukkan kepak ayam dan santan. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih.
- Akhir sekali, masukkan buah keras, jus limau kasturi, gula merah dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.