BAHAN-BAHAN:

4 sudu besar  daging ayam cincang ( minced chicken )

5 biji  ubi kentang ( dipotong dadu dan digoreng )

1 sudu besar rempah sup

1 sudu kecil  bawang goreng

1 tangkai cili merah ( buang biji dan dicincang)

Daun sup dan bawang secukupnya

1 sudu kecil serbuk lada sulah

1 biji  telur

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan ayam cincang , ubi kentang yang telah digoreng  dan digiling atau diramas, rempah sup, cili merah, bawang goreng , garam dan serbuk lada sulah. Kemudian uli bahan-bahan ini sehingga sebati dan menjadi doh.
  2. Bentukkan bebola leper  dan saiz mengikut permintaan. Salutkan bergedil dengan telur dan digoreng sehingga warna kekuningan.

TIP CHEF : Ubi kentang tidak perlu direbus, teknik menggoreng lebih memudahkan anda untuk membuat dan membentuk bergedil.