
BAHAN :
400 gm ayam
1 ½ sudu besar rempah sup
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 bij ubi kentang
1 sudu besar santan pekat
800 ml air rebusan daging atau air kosong
Daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Didihkan air dalam periuk , masukkan bawang putih, bawang merah dan ayam. Biarkan seketika.
- Masukkan rempah sup kacau perlahan sehingga rempah sebati. Biar mendidih sehingga ayam telah masak, akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau.
- Hiaskan sup ini dengan daun bawang dan sup.
TIP CHEF : Sup ayam Madura ini juga boleh digunakan untuk membuat soto Madura ( nasi impit ) juga sesuai dimakan dengan nasi putih dan cili kicap.