1. Ikan tenggiri yang telah dibersihkan, kemudian disalutkan dengan bahan salutan ikan. Perap selama 10 minit, sebelum digoreng. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga masak dan buangkan tulangnya.2. Panaskan minyak sapi bersama sedikit minyak gorengan ikan tadi. Goreng hirisan bawang besar sehingga kekuningan.3. Masukkan bahan tumis, tumis sehingga naik bau.4. Kemudian masukkan rempah kari ikan, tumis sehingga garing dan wangi.5. Masukkan air, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa.6. Tunggu sehingga mendidih, masukkan beras dan susu cair.7. Apabila nasi hampir masak, masukkan isi ikan, dan tanak sehingga nasi masak sepenuhnya. Untuk lebih enak, hidangkan nasi dengan bawang goreng.