1. Sapu rata minyak jagung di atas daging kambing. Kemudian taburkan garam, cili serbuk keping, serbuk ketumbar di atas daging. Perap selama 5 minit.2. Kemudian goreng daging bersama daun taim untuk mewangikan daging.3.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang holland hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan jus epal. Masak seketika.4. Kemudian masukkan sos HP, cili serbuk keping, sos tomato dan madu. Perah sedikit lemon.5. Akhir sekali masukkan daging kambing kedalam kuah dan biarkan seketika hingga masak.