Daging kisar digaul bersama telur dan serbuk ketumbar. Gaul sebati.Kemudian bulat-bulatkan daging kisar.Kemudian goreng bebola daging bersama daun taim sehingga berbau wangi. Goreng hingga garing dan masak.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan puri tomato dan biarkan seketika.Akhir sekali masukkan bebola daging goreng ke dalam sos. Biarkan sebati dan masak selama lima minit dan sedia dihidangkan bersama roti bawang putih.Sementara itu, untuk roti bawang putih pula, bawang putih ketuk digaul bersama mentega dan garam. Bila sebati baru sapukan pada roti dan masak di atas api tanpa minyak kerana roti sudah mempunyai mentega.