BAHAN A:
1 tin buah pic dibuang airnya
BAHAN B:
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat
CARA MENYEDIAKAN:
- Toskan buah pic hingga kering kemudian ambil garpu cucuk-cucuk (untuk mendapatkan lubang kecil-kecil ).
- Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat.
- Akhir sekali, tuang susu sejat. Kacau rata. Setelah pekat dan mendidih ambil adunan dan masukkan ke dalam buah pic. Sejukkan.
BAHAN B KUAH PUDING:
1 tin susu sejat cair
Susu pekat ikut suka manisnya
2 biji kuning telor
1 tin air
Sedikit esen vanila
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan susu sejat atau cair, susu pekat, air dan kuning telur.
- Dipukul hingga rata dan secukup manis. Kemudian dimasak di atas api yg sederhana kecil hingga masak. Setelah masak masukkan sedikit esen vanila. Makan bersama buah pic.
