BAHAN-BAHAN

2 tongkol jagung segar

100 gm jagung tin berkrim

150 gm gula pasir

1 biji kelapa

10 gm biji sagu

2 helai daun pandan

Secubit garam

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ambil isi jagung, satukan bersama air, jagung berkrim, gula pasir, sagu hingga sebati. Kacau sehingga jagung masak.
  2. Masukkan santan dan daun pandan.Kacau sentiasa. Masukkan secubit garam. Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat.
  3. Sedia untuk dihidangkan panas mahupun sejuk.