BAHAN-BAHAN :
500 gm ubi keledek putih atau oren – buang kulit
1 sudu besar tepung ubi
400 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SIRA
300 gm gula pasir
100 ml air
CARA MENYEDIAKAN:
- Ubi keledek direbus hingga empuk dan dilenyek. Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga tidak melekat di tangan. Bulatkan kemudian leperkan. Bentukkan lubang bulat di tengah-tengah.
- Setelah siap, goreng menggunakan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
- SIRA : Masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat.
- Masukkan keria dan gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali. Segera tutupkan api.Terus mengacau hingga gula kering berkeping-keping, menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
