BAHAN-BAHAN:

1 jantung pisang – belah dua dan celur hingga masak

10 ekor sotong saiz kecil

1 kg santan

1 batang serai – dititik

1 helai daun kunyit

 

BAHAN TUMBUK KASAR:

15 tangkai cili padi

1 ulas bawang putih

4 ulas bawang merah

2 biji buah keras

10 tangkai cili padi

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan santan pekat dalam periuk.
  2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan tumbuk kasar, serai,sotong dan jantung pisang.
  3. Masak di atas api yang sederhana.
  4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan garam dan hidangkan.