URAP PUCUK UBI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

2 ikat pucuk ubi – celur

1 mangkuk tauge – celur sekejap

 

Bahan untuk urap:

1 mangkuk kelapa parut

2 batang serai – kisar halus

1 labu bawang besar – kisar halus

2 ulas bawang putih – kisar halus

50 sen udang kering – kisar halus

3 tangkai cili merah – kisar halus

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

 

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Gaul bahan kisar bersama kelapa parut. Rasa garam dan gulanya. Kemudian sangai bahan-bahan tersebut sehingga sedikit kering.
  2. Satukan tauge dan pucuk ubi dalam mangkuk. Masukkan kelapa parut yang telah siap disangai tadi dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan