UDANG SAMBAL HIJAU – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

300 gm udang sederhana besar – bersihkan

3 tangkai kacang panjang

2 helai daun limau purut

60 ml santan

1 labu bawang besar – hiris bulat

Sedikit minyak masak

Garam dan gula

 

BAHAN KISAR

4 tangkai cili hijau

8 tangkai cili padi

1 batang serai

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm halia

 

CARA

1. Udang yang telah dibersihkan, digoreng beberapa minit sahaja dan diangkat.
2. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau rata. Bubuh daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4. Apabila tumisan kelihatan sudah masak sempurna, masukkan udang.
5. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar dan boleh dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan