PENGAT UBI KAYU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

500 gm ubi kayu – buang kulit rebus empuk

500 ml santan

1 ketul gula kabung

2 helai daun pandan

2 sudu besar biji sagu

Sedikit gula pasir

Garam

 

CARA

1. Masukkan santan dan gula kabung ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan dan masak menggunakan api sederhana.
3. Bubuh sedikit garam dan gula sekiranya suka lebih manis.Masukkan ubi kayu yang telah direbus.
4. Setelah mendidih, masukkan biji sagu. Biarkan seketika sehingga mendidih sepenuhnya sekali lagi.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan