UDANG GARING BERLADO SILIWANGI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

500 gm udang – saiz besar

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 cm halia

5 tangkai cili merah

3 tangkai cili padi

1 cm kunyit hidup

Halia 2 cm

1 batang serai

2 sudu besar jus limau nipis

4 helai daun limau nipis

3 keping asam gelugur

Sedikit garam dan gula

1 sudu besar serbuk kunyit

Minyak masak untuk menumis

 

CARA MENYEDIAKAN :

1. Udang yang telah dibersihkan, gaul dengan serbuk kunyit dan garam sehingga serata.
2. Goreng udang sehingga garing. Angkat dan asingkan.
3. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili padi dan kunyit hidup sehingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga garing.
5. Masukkan daun limau, asam keping dan jus limau. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali, masukkan udang dan gaulkan sebati. Angkat dan hidangkan

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan