HIDANGAN: 10 ORANG

MASA MEMASAK : 20 MINIT

 

BAHAN

1 paket tepung ubi

1/2 cawan kelapa parut – putih sahaja

Air secukupnya

Gula

Garam

 

CARA:

  1. Renjiskan tepung ubi dengan air sehingga basah. Tekstur tepung ubi, memang bergentel-gentel.
  2. Panaskan kukusan,kukus sehingga masak.
  3. Masa mengukus kacau-kacaukan tepung ubi. Boleh renjiskan air jika masih kelihatan belum masak.
  4. Tepung ubi yang sudah masak, akan berwarna coklat perang.
  5. Angkat,tabur gula, kelapa dan garam. Gaul rata dan sedia dimakan.